ak nga bosan2 tetibe jmpe bnde ni..spe yg brani bcela..spe yg tkot tu bcelah gak..hahaha
Kisah 1
Lokasi : Masai
Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..
Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.
Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!
Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..
Kisah 2
Lokasi : Villa Nabila Bukit Serene (dkt ngan Straits View Hotel)
Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair..
Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila..
Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..
Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini
Kisah 3
Lokasi : Area2 perkuburan Mahmodiah
Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah
pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.. Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah..
Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1 ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat yg terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu..
Kisah
kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..
Kisah
ketiga ialah bangunan yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg berbaris aku tak tau la.. wallahualam..
Kisah
keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..
Ingat, jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut & jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini, kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan & kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB
stakat ni tu je la ak nk cite..btw ak amek bnde ni from sumber laen..byk lg cite dye tp ni ak amek yg bez2 je la...n nk cye ke x..b'gntung pde dri msing2..ok..assalamualaikum..^_^